Pondok Sedekah Omar Zabedah Sediakan Barang Keperluan Secara Percuma Kepada Yang Memerlukan

| February 21, 2021 | 0 Comments

Pondok Sedekah Omar Zabedah Sediakan Barang Keperluan Secara Percuma Kepada Yang Memerlukan | Semalam tular satu ciapan seorang pengguna di Twitter, mengalu-alukan orang ramai sekitar Keramat dan Kampung Baru yang tidak berkemampuan untuk mengambil barang keperluan secara percuma di sebuah pondok sedekah.

Difahamkan pondok sedekah tersebut adalah milik ibunya yang baru sahaja dibuka dan diberi nama sebagai Pondok Sedekah Omar Zabedah. Menurutnya, nama pondok tersebut adalah mewakili nama datuk dan neneknya.

Barang keperluan seperti beras, gula, susu, tepung disediakan di atas rak dan akan diberi kepada sesiapa yang memerlukan. Individu yang tidak berkemampuan yang berada di sekitar situ juga dialu-alukan untuk mengambilnya.

Pondok Sedekah Omar Zabedah Sediakan Barang Keperluan Secara Percuma Kepada Yang Memerlukan

“Ibu saya baru sahaja membuka sebuah pondok sedekah tanda penghormatan kepada ibu bapanya.

Jika sesiapa yang mengenali tinggal di sekitar Keramat atau Kampung Baru yang memerlukan barang keperluan, silakan singgah” katanya.

Ciapa yang tular tersebut telah menarik perhatian ramai warganet dan memuji di atas usaha ibunya.

Tidak kurang juga ada yang mahu untuk menyumbang barang keperluan sama.

Sumber : @nurhashaidris

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *