Pondok Usang Tepi Sawah Dijadikan Tempat Berteduh

| June 9, 2021 | 0 Comments

Pondok Usang Tepi Sawah Dijadikan Tempat Berteduh | Pondok usang di tepi sawah di Klebang Besar telah dijadikan sebagai tempat berteduh untuk Zaidi Sohot. Dia telah berteduh di pondok usang itu sejak tiga tahun yang lalu.

Pondok Usang Tepi Sawah Dijadikan Tempat Berteduh

Walaupun dengan hanya menetap di pondok usang, dia tetap bahagia dan masih berusaha untuk meneruskan kehidupan. Dia melakukan pelbagai kerja termasuk mengutip dan menjual  barang lusuh, kotak, tin dan besi buruk.

Dia dikatakan pernah berkahwin sebelum ini namun perkahwinan itu hanya hanya bertahan sehingga anak tunggalnya hasil dari perkahwinan itu berusia lima tahun. Agak sukar untuk mengisahkan rentetan kehidupannya namun dia bersyukur dengan takdir Allah.

Menurutnya, dia pernah pengsan selama sehari berdekatan dengan pondok usang itu disebabkan oleh komplikasi paru-paru berair dan asma yang dihadapi. Namun dia tetap meneruskan kehidupannya dengan gembira, tambahan pula pemilik sawah itu memberikan kebenaran kepadanya pada tiga tahun lalu untuk mendirikan pondok kayu itu dan tinggal disitu.

Tambahnya lagi, pemilik tanah itu telah dia anggap seperti kakaknya sendiri kerana telah banyak berjasa pada dirinya. Walaupun pondok itu tidak memiliki kemudahan air dan elektrik, dia masih bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik dan sihat buat masa ini.

Ada kalanya dia akan berteduh dan tidur di dalam kereta terutamanya sekiranya hari hujan. Dia turut mempunyai pendapatan sampingan dengan membaiki peralatan elektrik seperti kipas dan sebagainya.

Dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, penjaga tandas, kerja kampung dan kontrak sebelum ini, namun kesihatan tidak menentu menyebabkan dia pasrah dengan ketentuan Ilahi.

Sebelum menumpang tidur di pondok itu, dia sering tidur di hentian bas dan wakaf.

Sumber: Harian Metro

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *