Premis Judi Dalam Talian Baru Beroperasi 10 Hari Diserbu Polis | Saban hari masyarakat sering disajikan dengan berita serbuan ke atas premis perjudian yang seolah-olah tiada penghujungnya. Meskipun pelbagai serbuan dilakukan tetapi premis-premis judi ini bagai cendawan tumbuh selepas hujan.Hal ini menjadi kebimbangan kerana melalui pemainan judi ini akan timbul kesan buruk terhadap masyarakat dan negara.

Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Bangladesh yang juga merupakan penjaga sebuah premis judi dalam talian ditahan dalam satu serbuan di Jalan Genting Klang, Setapak semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, lelaki tersebut berusia 25 tahun dan baru saja bekerja sejak 10 hari lalu.

Katanya, melalui siasatan awal yang dijalankan, pihaknya mendapati premis perjudian dalam talian berkenaan baru beroperasi sejak 10 hari yang lalu.

Jelasnya, suspek juga ditawarkan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan bekerja dari pukul 8 pagi sehingga pukul 8 malam.

Mengulas lanjut, pihaknya turut merampas 11 komputer riba, 11 tetikus, sebuah unit wiFi dan wang tunai sebanyak RM160.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply