Presiden UMNO Dan Setiausaha PKR Didakwa Langgar SOP | Berita melibatkan perlanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan oleh ahli politik bukanlah sesuatu yang asing lagi. Telah banyak media melaporkan isu berkenaan perlanggaran SOP melibatkan golongan politik atau sering kali digelarkan sebagai golongan kayangan.

Presiden UMNO Dan Setiausaha PKR Didakwa Langgar SOP

Kali ini pula melibatkan Presiden UMNO iaitu Datuk Seri DR Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung PKR iaitu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Mereka berdua didakwa telah melanggar SOP dengan menikmati hidangan bersama di sebuah restoran ketika negara sedang melaksankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Presiden UMNO Dan Setiausaha PKR Didakwa Langgar SOP

Pendedahan itu dilakukan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melalui satu kemas kini di akaun Twitter miliknya lewat malam Isnin. Menurut ciapan yang dimuat naik Ahli Parlimen Ketereh itu, makan di dalam dulang memang sedap lebih-lebih lagi apabila menikmatinya di restoran.
Gambar yang dimuatnaik oleh Annuar itu turut memaparkan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menyertai sesi tersebut.
Terdahulu, Annuar pada Isnin telah dikompaun RM2,000 selepas polis mendapati beliau melanggar SOP kerana berkunjung ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani

Share.

Leave A Reply