PRN Johor: Muhyiddin tawar Diri Jadi Penasihat Ekonomi Di Johor | Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi negeri ini sekiranya gabungan itu dapat membentuk kerajaan nanti.

PRN Johor: Muhyiddin tawar Diri Jadi Penasihat Ekonomi Di Johor

Presiden Bersatu itu berkata, pihaknya mempunyai agenda besar supaya Johor menjadi negeri paling cemerlang ,gemilang dan rakyatnya menjadi maju, disegani serta dihormati.

“Saya akan bantu Johor, siapa bakal jadi Menteri Besar PN, tak kira siapa, dia adalah orang yang layak saya boleh jadi penasihat ekonomi.

“Maksud saya tadi kita ada agenda besar, untuk rakyat , sebab itu slogan kita gunakan dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) Johor ini adalah Demi Bangsa Johor, kita PN akan berusaha sedaya upaya yang mungkin untuk kita bangun dan bantu.

“Supaya Johor yang terkesan berat disebabkan oleh masalah Covid-19 , ratusan ribu rakyat Johor sudah menjadi rakyat yang miskin tiada pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pentas PN Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenggaroh, di Felda Tenggaroh 3 di sini, malam tadi.

Katanya, antara pengisian agenda itu termasuk memperbaiki taraf hidup belia dengan peluang pekerjaan selain memperkasakan sumbangan wanita dalam ekonomi.

“Nasib baik orang Felda ini baik sikit sebab (harga) kelapa sawit bagus, di tempat lain tuan-tuan tak cukup makan, bagi sayur, ambil sayur, bagi ikan ambil ikan, bagi daging ambil daging, bagi beras ambil beras, beri gula ambil gula, minyak dan sebagainya.

“Macam seolah dia tiada apa-apa, bagi apa pun dia ambil, nyata keadaan daif , sedaif-daif sebahagian besar daripada orang -orang Melayu kita.

“Saya berjanji PN buat sesuatu untuk mereka, anak anak muda mereka yang tiada pekerjaan, kita carikan pekerjaan, kita latih mereka betul-betul, tekun dapat pendapatan mungkin lebih RM1,200 sebulan, orang Felda dah tak pandang itu, kecil sahaja.

“Wanita kita akan bela nasib wanita, tak biarkan wanita jadi begitu sahaja, bagi dia cukup dengan ilmu pengalaman latihan dan sebagainya, bukan sahaja nak mendidik anak keluarga di rumah tangga tetapi juga menyumbang kepada soal pembangunan ekonomi negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro 

Share.

Leave A Reply