Pengundi perlu bijak memilih parti yang mampu menerajui kepemimpinan, menjamin kestabilan politik dan membawa kemakmuran ekonomi.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pemimpin pula perlu bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik dan membiarkan rakyat menterjemahkan sokongan di peti undi.

Beliau berpendapat, apa yang lebih penting adalah apa yang rakyat mahukan, itu paling penting. Beliau berasa lebih pragmatik, dan tak akan buat ramalan, walaupun kita ada rasa perbezaan, kita kena waspada.

Buat terbaik, biar rakyat nilai. Siapa lebih layak, pendapat mereka lebih layak.

Katanya, akhirnya kita bentuk satu kerajaan yang utuh, kuat, kembalikan keyakinan pelabur asing, domestik untuk makmurkan ekonomi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SSBT) Johor Bahru di Permas Jaya di sini hari ini.

Ka Siong berkata demikian sebagai mengulas sentimen masyarakat Cina yang dikatakan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) selepas gabungan itu kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri ini perlu mencerminkan kepelbagaian masyarakat majmuk di negeri ini.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply