PRN Johor: Sertai Bersatu, 30 Ahli Keluar Dari UMNO | UMNO menerima tamparan hebat apabila 30 ahlinya melibatkan dua cawangan dalam bahagian Mersing mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa pada Sabtu dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PRN Johor: Sertai Bersatu, 30 Ahli Keluar Dari UMNO

Mereka merupakan 15 ahli dari cawangan Kampung Triang manakala 15 ahli lagi dari cawangan Kampung Baru Air Tawar.

Bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Triang, Ahmad Ashri Othman berkata, mereka mengambil keputusan itu selepas hilang kepercayaan susulan isu semasa dalam UMNO yang belum selesai sehingga kini.

Beliau berkata, perkembangan isu semasa yang berlaku juga dalam UMNO membuatkan mereka keluar parti dan hilang minat terhadap parti itu.

Jelasnya, tambahan pula mereka mendapati bekas wakil rakyat Endau meskipun beliau daripada UMNO dan menyertai Bersatu, beliau telah melakukan kerja yang terbaik demi membantu rakyat di sini.

Pada majlis itu, bekas ahli UMNO tersebut menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Sementara itu, Ketua Pemuda PN Kampung Air Tawar, Mohd Asni Hassan berkata, seramai 15 ahli dari kampung itu yang membuat keputusan keluar UMNO terdiri daripada golongan muda.

Menurutnya, mereka mendakwa tindakan itu diambil selepas melihat banyak bantuan parti daripada peringkat atasan tidak sampai kepada golongan bawahan sebaliknya hanya diterima kroni-kroni.

Katanya, ahli-ahli tersebut yakin dengan gerak kerja PN yang mengutamakan rakyat serta sentiasa turun padang mendekati penduduk. Tambahan pula bantuan diberikan PN dikatakan lebih sampai kepada akar umbi berbanding UMNO.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib teruja dengan keputusan kesemua 30 bekas ahli UMNO itu yang masing-masing bersama-sama perjuangan beliau.

Sebelum ini digembar-gemburkan pemimpin dan ahli Bersatu keluar dan masuk UMNO tetapi hari ini kesemua mereka ini semangat datang sendiri untuk menyerahkan borang keahlian dan menyertai PN, jelasnya.

PRN Johor: Sertai Bersatu, 30 Ahli Keluar Dari UMNO

Beliau berkata, pihaknya terkejut namun mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah membuka mata dan memilih PN.

Beliau menambah, apa yang berlaku ini juga menjadi satu kekuatan dalam dirinya sekali gus menguatkan PN dalam kalangan anak muda di Endau.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply