PRU-15 : Lim Guan Eng Saman Azmin AliLim Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), kerana membuat kenyataan palsu menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, Mohamed Azmin memfitnah dengan menyatakan beliau menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk ‘mengejar’ semua syarikat berkaitan MCA dan bertanggungjawab terhadap cukai baharu menyasarkan perniagaan Cina tertentu.

Guan Eng yang juga Pengerusi DAP, menafikan pernah menggunakan LHDN untuk menyasarkan mana-mana ahli perniagaan Cina.

Beliau berkata, walaupun beliau berulang kali meminta Azmin menunjukkan bukti, Azmin gagal berbuat demikian.

Sebagai antara ‘arkitek’ utama Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipilih secara demokratik, Azmin dalam keadaan terdesak dan cuba untuk melepaskan peranan ‘pengkhianatnya’.

Beliau menyata dalam kenyataan hari ini Azmin memilih saya untuk dijadikan sasaran dengan serangan peribadi walaupun saya tidak membuat provokasi terhadapnya, namun beliau tetap mencipta pembohongan yang diterbitkan oleh MCA dan akhbar pro kerajaan.

Guan Eng berkata, beliau menang saman fitnah di mahkamah berhubung perkara berkaitan salah guna kuasa sebagai Menteri Kewangan pada 2019.

Guan Eng berkata seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kerajaan menyindir badan cukai itu mengejarnya selepas dihasut oleh beliau. Terdapat cukai baharu dikenakan kerajaan semasa ke atas rakyat dan perniagaan seperti cukai durian runtuh tahun ini, dan tahun depan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Ia untuk pembelian dalam talian barangan dari luar negara bernilai di bawah RM500 dan keuntungan yang diperoleh di luar negara dibawa masuk oleh syarikat Malaysia.

Terdapat kebimbangan bahawa gaji dan upah yang diperoleh oleh individu terutama dari Singapura, juga akan dikenakan cukai yang sama sekiranya kerajaan semasa mengekalkan kuasa,” katanya.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, semua cukai itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, Guan Eng mendakwa mengurangkan cukai ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada 18 kepada 17 peratus dan meningkatkan ambang pendapatan daripada RM500,000 kepada RM600,000.

“Dalam erti kata lain, pendapatan bercukai RM600,000 pertama akan dikenakan cukai PKS sebanyak 17 peratus dan mana-mana pendapatan melebihi RM600,000 akan dikenakan kadar cukai korporat sebanyak 24 peratus.

Azmin memfitnah Guan Eng sekali lagi kerana cuba mensabotaj agensi milik Bumiputera seperti Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS).

Katanya, sehingga kini beliau gagal menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. Memandangkan beliau terus mengulangi fakta palsu tanpa bukti, beliau tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan peguam mengambil tindakan segera.

Selain itu, Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan palsu yang sama baru-baru ini.

Beliau berkata keputusan muktamad akan dibuat selepas perbincangan dengan peguam selepas hari pengundian.

Guan Eng berkata, beliau menang saman fitnah di mahkamah berhubung perkara berkaitan salah guna kuasa sebagai Menteri Kewangan pada 2019.

Seorang ahli perniagaan yang juga penyokong kerajaan menyindir badan cukai itu mengejarnya selepas beliau menghasut. Terdapat cukai baharu dikenakan kerajaan semasa ke atas rakyat dan perniagaan seperti cukai durian runtuh tahun ini, dan tahun depan cukai jualan sebanyak 10 peratus.

Ia untuk pembelian dalam talian barangan dari luar negara bernilai di bawah RM500 dan keuntungan yang diperoleh di luar negara dibawa masuk oleh syarikat Malaysia.

Katanya, terdapat kebimbangan bahawa gaji dan upah yang diperoleh oleh individu terutama dari Singapura, juga akan dikenakan cukai yang sama sekiranya kerajaan semasa mengekalkan kuasa.

Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, semua cukai itu tiada kaitan dengan dirinya.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, Guan Eng mendakwa mengurangkan cukai ke atas Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) daripada 18 kepada 17 peratus dan meningkatkan ambang pendapatan daripada RM500,000 kepada RM600,000.

Dalam erti kata lain, pendapatan bercukai RM600,000 pertama akan dikenakan cukai PKS sebanyak 17 peratus dan mana-mana pendapatan melebihi RM600,000 akan dikenakan kadar cukai korporat sebanyak 24 peratus.

Azmin memfitnah saya sekali lagi kerana cuba mensabotaj agensi milik Bumiputera seperti Ekuiti Nasional Bhd (EKUINAS).

Katanya, sehingga kini beliau gagal menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaan liarnya. Memandangkan beliau terus mengulangi fakta palsu tanpa bukti, saya tidak mempunyai pilihan selain mengarahkan peguam mengambil tindakan segera.

Selain itu, Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat kenyataan palsu yang sama baru-baru ini.

Beliau berkata, keputusan muktamad akan dibuat selepas perbincangan dengan peguam selepas hari pengundian.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply