Menjelang penamaan calon pada Sabtu ini, tular satu video berlakunya kekeocohan melibatkan sebuah parti politik di Gerik.

PRU-15: Tular Video Tak Puas Hati Pemilihan Calon

Sumber terdekat memaklumkan kepada Sinar Harian, kejadian itu berlaku pada Selasa dipercayai akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti berhubung pemilihan calon di kawasan berkenaan.

Semasa kejadian, kumpulan ahli parti terbabit berkumpul di sebuah bangunan untuk mengikuti pengumuman calon oleh pemimpin tertinggi parti yang dibuat di Kuala Lumpur.

Video berdurasi 1 minit dan 32 saat yang tular itu menunjukkan berlaku pertikaman lidah, kemudiannya berlarutan hingga hampir berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun insiden itu berjaya ditenangkan ahli parti lain yang berada di situ.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik, Suprintendan Zulkifli Mahmood mengesahkan kekecohan terbabit.

Bagaimanapun katanya, tiada sebarang laporan dibuat berhubung kejadian.

Katanya, kita tidak menerima sebarang laporan mengenai kekecohan yang berlaku itu.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply