Pukul Pemilik Restoran, Lelaki Warga Nigeria Ditahan

| September 28, 2020 | 0 Comments

Pukul Pemilik Restoran, Lelaki Warga Nigeria Ditahan  | Kajang – Polis menahan seorang lelaki warga Nigeria yang mencederakan pemilik sebuah restoran di Bandar Mahkota Cheras di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, suspek yang berada dalam pengaruh alkohol bertindak memukul bahagian belakang badan wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya terima panggilan daripada mangsa pada pukul 4.02 petang memaklumkan kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, suspek menimbulkan kekecohan sebelum memukul mangsa dan seorang lelaki yang sedang menurunkan barang dari lori di kedai bersebelahan.

“Susulan itu, polis yang tiba di lokasi kejadian telah menahan suspek terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan perbuatan khianat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta tampil atau menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *