Putera Harry Tiba Di UK, Beri Penghormatan Terakhir

| April 11, 2021 | 0 Comments

Putera Harry Tiba Di UK Untuk Memberikan Penghormatan Terakhir | Putera Harry iaitu cucu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Phillip merupakan dari keturunan kerabat diraja England. Beliau telah tiba di UK bagi menghadiri majlis pengebumian datuknya Putera Phillip yang telah meninggal dunia pada 9 April lalu.

Putera Harry Tiba Di UK, Beri Penghormatan Terakhir

Putera Harry telah dimaklumkan tiba di United Kingdom dari California pada hari ahad yang lalu iaitu 10 April. Namun begitu didapati Putera Harry hanya pulang berseorangan tanpa ditemani oleh isterinya.

Isterinya, Meghan Markle yang sedang hamil anak kedua mereka tidak mengiringi suaminya untuk turut sama memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang datuk mereka.

Ini merupakan kepulangan pertama Putera Harry dan akan bertemu semula dengan keluarga diraja itu selepas tergemparnya program temubual mereka bersama dengan Oprah Winfrey baru-baru ini.

Putera Phillip iaitu suami kepada Ratu Elizabeth II telah meninggal di Istana Windsor pada 9 April lalu. Beliau telah mangkat pada usia 99 tahun. Beliau telah berkahwin dengan Ratu Elizabeth II selama 73 tahun.

Upacara penegbumian beliau akan diadakan Gereja St George, Istana Windsor pada 17 April ini.

Istana Buckingham turut memaklumkan dalam kenyataannya sebelum ini bahawa majlis pengebumian itu akan diadakan secara langsung melalui televisyen.

Bagaimanapun majlis pengebumian itu tidak melibatkan orang awam memandangkan berlakunya pandemik Covid-19.

Sumber: Harian Metro

Tags: , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *