Rakaman Video Pergaduhan Babitkan Rempuhan Beberapa Kenderaan | Suspek utama kes rusuhan dan khianat di Bintulu kini diburu polis bagi membantu siasatan. Ini berikutan tular satu rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda merempuh beberapa kenderaan serta sekumpulan individu membaling beberapa objek kearah kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek dikenali sebagai Rimong Judan, 36, yang mana alamat terakhir di Bandar Jaya, Jalan Tun Hussein Onn.

TONTON VIDEO TERBABIT :

“Saya berharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi balai polis berdekatan bagi membolehkan tindakan lanjut dilakukan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK).

“Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Lai Mei Ching di talian 014-8763824 atau menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304,” katanya.

Pada malam Ahad, tular beberapa rakaman video memaparkan pergaduhan di hadapan sebuah premis di Bintulu yang mana turut membabitkan insiden rempuhan kenderaan.

Netizen turut memberi pelbagai komen terhadap isu ini.

“tidak sayang kereta ke buat macam itu, habis rosak kereta” ujar netizen.

“Brader baju security tu rilek je padahal dah dekat tu” tulis seseorang.

“kat sarawak biasa macam ni. kes gesel kereta sikit tak banyak cakap gaduh dulu benda kos dalam 200 ke 500 jadi kos pengebumian” Kata netizen lain.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply