“Rakyat Malaysia Masih Ramai Yang Baik…” Lelaki Ini Terharu Ada Uncle ‘Topup’ Duitnya Untuk Belikan Makanan Frontliner

| February 8, 2021 | 0 Comments

“Rakyat Malaysia Masih Ramai Yang Baik…” Lelaki Ini Terharu Ada Uncle ‘Topup’ Duitnya Untuk Belikan Makanan Frontliner | Menderma atau sedekah adalah salah satu amalan yang paling mulia di sisi Islam. Ia tidaklah hanya perlu menggunakan wang semata, akan tetapi dengan perbuatan senyum juga sudah dikira bersedekah menurut Islam. Pasti anda pernah dengar frasa ‘senyum itu satu sedekah’ bukan?

Selain itu, bagi yang pernah bersedekah pasti merasai sesuatu balasan yang tidak disangka-disangka sehingga kita menjadi kagum. Begitu juga dengan pengalaman pemuda ini. Beliau berkongsi pengalamannya di laman Twitter mengenai niatnya yang mahu membelikan makanan kepada frontliner selepas menderma darah.

“Rakyat Malaysia masih ramai yang baik, even yang bagi duit tadi pun berlainan kaum.”

Sering kali kita dimomokkan dengan sikap rasis bangsa lain sehingga kita takut untuk bertegur sapa dan bersaudara dengan mereka. Akan tetapi pemikiran sebegitu hanyalah terjadi kepada sesetengah individu itu sendiri atau mungkin mereka tidak keluar dari kelompok pemikiran tersebut.

Oleh itu, jangan lah kita menganggap semua bangsa semua serupa. Teruslah bersaudara dan berbuat baik sesama sendiri.

Di ruangan komen, ramai juga yang berkongsi pengalaman mereka dan memuji sikap pemuda ini yang suka bersedekah.

 

Sumber : @Fakhrulrareza

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *