Ramai Sangka Langgar Lari, Namun Ini Penjelasan Dari Polis.

| February 8, 2021 | 0 Comments

Ramai Sangka Langgar Lari, Namun Ini Penjelasan Dari Polis. | Rakaman CCTV memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta, orang ramai menyangka langgar lari, namun ini penjelasan dari pihak polis. Baca selanjutnya..

KERETA HILANG KAWALAN

Ipoh – Polis menafikan dakwaan orang ramai mengenai kemalangan langgar lari melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di Jalan Tun Terang, Kampung Manjoi di sini yang tular sejak Sabtu lalu.

Rakaman video berdurasi 21 saat daripada televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular itu menunjukkan sebuah kereta telah melanggar sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggangnya tercampak sebelum pemandu dilihat seakan-akan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan pihaknya bagaimanapun mendapati pemandu kereta jenis Hyundai Sonata yang merupakan seorang wanita berusia 31 tahun tidak melarikan diri selepas melanggar penunggang lelaki berusia 65 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita itu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Pemandu pada mulanya meneruskan perjalanan namun dia kembali ke tempat kejadian. Dia kemudian terus ke balai polis untuk membuat laporan sebaik sahaja melihat orang ramai berada di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah A. Asmadi, akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Polis telah merakam percakapan pemandu wanita tersebut dan punca kejadian adalah disebabkan hilang kawalan pemandu kereta sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *