Ramai Sedih, Bayi Afghanistan Diserah Pada Tentera AS Hilang | Viral beberapa bulan dahulu penduduk Afghanistan serah bayi ketika tentera Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan. Kenyataan terkini apa terjadi pada bayi tersebut mengejutkan ramai. Baca selanjutnya..

Washington – Seorang bayi lelaki yang diserahkan kepada tentera Amerika Syarikat (AS) ketika penduduk Afghanistan bergegas meninggalkan negara itu pada Ogos lalu dilaporkan te­lah hilang, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Bayi tersebut diserahkan kepada tentera yang berkawal di pagar lapangan terbang di Kabul ketika bandar itu berada dalam keadaan huru-hara.

Kerajaan AS mengakui sedang cuba menyelesaikan kes kehila­ngan bayi bernama Sohail Ahmadi itu dengan Jabatan Negara.

Ia juga sedang berusaha untuk meneroka setiap jalan bagi mengesan bayi berkenaan.

BACA JUGA ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak Mahu Tinggalkan Negara, Wanita Afghanistan Nekad Lempar Bayi

Bapa Sohail, Mirza Ali Ahmadi yang merupakan bekas pengawal kedutaan AS dan isterinya, Suraya serta empat anak pasangan itu memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul sejurus selepas menyerahkan bayi tersebut, namun gagal menemuinya.

Pada mulanya, Mirza dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu mungkin berada di bahagian berasingan lapangan terbang tersebut atau mungkin telah dipindahkan secara berasingan ke Qatar.

Imej kanak-kanak yang dise­rahkan kepada tentera AS melalui pagar lapangan terbang Kabul beredar di media sosial sebelum ini ketika hari-hari terakhir penuh dramatik yang menandakan penamatan perang 20 tahun AS di Afghanistan.

Bayi-bayi lain bagaimanapun dilaporkan telah dikembalikan kepada ibu bapa mereka.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply