Ramai Yang Masih Kurang Faham Etika Membalas Email, Wanita Kongsi Adab “Reply” Email | Salah satu ciri-ciri yang boleh ‘tambat hati’ bakal majikan adalah dengan cara kita membalas email mereka. Jika kita membalas dengan penuh adab dan sopan, maka peluang untuk mendapatkan kerja tersebut amatlah luas.
Graduan-graduan atau pelajar yang bakal menjalani latihan industri pasti sudah maklum dengan cara memberi email kepada bakal majikan. Baru-baru ini salah seorang pengguna Twitter telah berkongsi cara membalas email kepada penghantar dengan penuh etika dan beradab.
Mari ikut perkongsian tersebut di bawah.
ADAB REPLY EMAIL.
Apakah maksud To; CC; BCC?
Siapakah yang perlu membalas email tersebut?
Ramai yang masih kurang faham tentang etika membalas email.
Ini yang saya kongsikan dengan pelajar saya sebelum mereka memulakan internship atau bekerja. pic.twitter.com/gmoWFbFsL7
— Liyana Abdul (@LinkitMy) February 19, 2021
1. “To” bermaksud email itu ditujukan kepada siapa, dan hanya individu yang di dalam kategori “To” sahaja yang perlu membalas email tersebut.
Apabila anda menerima sesuatu email, pastikan anda melihat dahulu adakah email itu diajukan kepada anda seorang, atau terdapat “CC”.
2. Sekiranya anda terletak dalam kategori “To” dan terdapat email lain di dalam “CC”, pastikan anda membalas email tersebut dengan “Reply All”.
Bermakna respon dari anda itu akan dimaklumkan juga kepada mereka yang di dalam “CC”. Tidak beradab ya kalau setakat “Reply” kepada sender.
3. “CC” bermaksud Carbon Copy. Mereka yang terletak dalam kategori “CC” tidak perlu membalas email tersebut.
“CC” adalah sebagai salinan dari sender, kebiasaannya untuk memaklumkan yang lain tentang email tersebut.
Apa berlaku jika anda di “CC” tetapi anda nak reply sebab ada add-on info?

