Seorang petugas perkhidmatan pembersihan nekad bertindak dengan membunuh seorang wanita berusia 32 tahun.

Rasa Diri 'Tak Dihargai', Petugas Ini Nekad Bertindak KEJAM. Ini Punca Sebenar...

Suspek berasa dirinya tidak dihargai selepas ditampar oleh mangsa.

Sebelum ini, mangsa bertindak menampar suspek kerana mengambil masa yang lama untuk membeli ais buah.

Suspek telah menyerang seorang wanita dari Gowa yang dikenali sebagai K, berusia 32 tahun.

Mangsa ditemui mati di bilik Wisma Himalaya, Jalan Tarakan, Makassar pada 11 Mei 2022.

Pada mulanya, K dianggap meninggal dunia kerana sakit.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat Pasukan Forensik Dokpol Biddokkes Polda Sulses mendapati terdapat kelainan pada mayatnya.

K ternyata telah menjadi mangsa pembunuhan dan suspek pembunuhannya ialah DS, 36 tahun.

Kejadian bermula apabila mangsa meminta DS membeli ais buah.

Kemudiannya, DS pergi membeli ais buah yang ditempah oleh mangsa.

K beremosi kerana DS dianggap mengambil masa terlalu lama untuk membeli ais buah.

Mangsa kemudian menampar pelaku dan mengakibatkan DS berasa tidak dihargai lalu memukul mangsa sekali lagi.

Menurut laporan Tribun Timur, Kapolres Pelabuhan Makassar AKBP Yudi Frianto, telah memberi kenyataan pada Isnin, 30 Mei.

Rasa Diri 'Tak Dihargai', Petugas Ini Nekad Bertindak KEJAM. Ini Punca Sebenar...

“Akibat terlalu lama, mangsa menampar pelaku sehingga pelaku merasa tidak dihargai.

“Pelaku langsung marah lalu memukul korban,” katanya.

DS yang bekerja sebagai petugas kebersihan telah memukul mangsa menggunakan tangannya.

Suspek turut menghantukkan kepala mangsa ke dinding lalu membawanya yang lemah ke sebuah bilik kononnya untuk menghilangkan kesan.

Menurut laporan Tribun Timur, suspek kini berdepan hukuman penjara 15 tahun.

“Kami mengesyaki Perkara 338 Kanun Jenayah membawa hukuman penjara 15 tahun,” kata Yudi.

Sumber: Tribun News

Share.

Leave A Reply