Rayer Diarah Keluar Dewan, Tidak Diam Tanya Isu Najib Ke Singapura.

| November 24, 2021 | 0 Comments

Rayer Diarah Keluar Dewan, Tidak Diam Tanya Isu Najib Ke Singapura. | KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar dari Dewan Rakyat hari ini kerana tidak mengendahkan arahan Timbalan Speaker Rashid Hasnon.

Rayer Diarah Keluar Dewan, Tidak Diam Tanya Isu Najib Ke Singapura.

Perdebatan hangat tercetus apabila Rayer bertanya kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengapa bekas Perdana Menteri Najib Razak dibenarkan ke Singapura walaupun tidak menjelaskan cukainya.

Beliau berkata, malah peminjam Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut disenarai hitam dan tidak dibenarkan keluar negara jika tidak menjelaskan pinjaman.

“Saya nak tanya kenapa Pekan (Najib) diberi kelonggaran untuk ke Singapura.

“Jika kita berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kita tidak dibenarkan keluar (negara), kita disenaraihitamkan,” katanya ketika Tengku Zafrul menggulung perbahasan kementeriannya mengenai Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Rayer bertanya sebab mengapa tidak menyenaraihitamkan Najib. “Saya bertanya bagi pihak pembayar cukai,” katanya.

Tengku Zafrul menjawab bahawa itu adalah keputusan mahkamah.

Pada Oktober, Mahkamah Rayuan meluluskan permohonan Najib untuk memulangkan sementara pasportnya bagi membolehkannya ke Singapura untuk melawat anak perempuannya, Nooryana Najwa yang baru bersalin.

Apabila Rayer terus mendesak untuk mendapatkan penjelasan, Rashid memintanya untuk membenarkan Tengku Zafrul meneruskan ucapannya “seperti yang telah dijawabnya”.

Tetapi Rayer berkeras dan kemudian diarahkan keluar Dewan selama 20 minit.

Sumber: FMT

Tags: , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *