Rebah Ketika Menari Dangdut, Ketua Kampung Temui Ajal | JAKARTA – Seorang ketua kampung di Jember, wilayah Jawa Timur menemui ajal ketika menari dangdut di atas pentas dalam satu acara setempat, lapor laman berita Merdeka hari ini.
Berdasarkan klip video dikongsikan di laman Instagram, lelaki bernama Mulyono itu dilihat sedang menari dan menyanyi bersama penyanyi wanita dalam kejadian pada malam kelmarin.
Ketika sedang asyik menyanyi, dia tiba-tiba rebah.
“Dia lantas dibawa ke hospital sejurus kejadian, namun akhirnya disahkan meninggal dunia,” kata Ketua Polis Ambulu, Asisten Komisioner Polis Suhartanto.
Tambah Suhartanto, arwah meninggal dunia kerana terlalu letih selepas menjalani aktiviti padat sepanjang hari.
Menurutnya, Mulyono menghadiri majlis bersama polis pagi kelmarin sebelum pergi ke rumah saudaranya di Banyuwangi pada waktu tengah hari.
Pada waktu malam, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an itu memenuhi undangan acara dangdut yang diadakan penduduk setempat.
Majlis itu diadakan bagi meraikan seorang penduduk yang melayakkan diri dalam satu pertandingan dangdut terbitan sebuah stesen televisyen di Jakarta.
“Arwah mahu menghargai penduduk tersebut dan menyambut kepulangannya agar dia berbesar hati walaupun tersingkir pada episod seterusnya,” kata Suhartanto.
Sumber: KOSMO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Padah Tindik Bibir, Gadis Temui Ajal Lepas 24 Hari Bertarung Nyawa Di ICU. Ini PUNCANYA
Padah melakukan tindikan bibir pada dua bulan lalu, seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas mengalami jangkitan otak.
Menerusi petikan laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20 dilaporkan meninggal dunia selepas 24 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Selatan Brazil.
Menurut ibu Andressa, anak perempuannya itu menderita jangkitan otak dua bulan selepas menindik bibir dengan bayaran hanya RM47.50.
Sejak daripada itu, Andressa mula mengalami sakit kepala dan demam yang teruk.
Dia kemudian membawa anak perempuannya itu ke hospital sebelum dia ditempatkan ke wad ICU kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.
Doktor memaklumkan bahawa jangkitan tersebut telah memasuki salur darah Andressa melalui aksesori tindikan berkenaan sehingga merosakkan 37 peratus otaknya.
Susulan itu, doktor telah melakukan pembedahan dan intubasi ke atas mangsa sebelum dia disahkan meninggal dunia pada 9 Julai lalu.
Menurut doktor, jika terselamat, Andressa kemungkinan tidak sedarkan diri dan tidak mampu hidup normal akibat kegagalan fungsi otak.
Sumber: Oh Bulan