Remaja 14 Tahun Mati Lemas Terjatuh Dalam Loji Air Ketika Memancing | Remaja lelaki 14 Tahun yang dipercayai terjatuh ke dalam loji air Felda Mempaga dekat Karak, Bentong dijumpai meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Muhammad Farmirul Mahamad Faudzi, 14, ditemui penduduk kampung kira-kira 50 meter dari tempat mangsa dipercayai terjatuh.

“Dalam kejadian jam 5.53 petang semalam, mangsa dari Taman Mempaga Utama Karak dikatakan terjatuh ketika memancing di loji berkenaan.

“Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian membuat operasi pencarian di kawasan sekitar loji sebelum dimaklumkan mayat mangsa telah berjaya dijumpai oleh penduduk kampung,” katanya, di sini, hari ini.

Tambah beliau, jenazah Muhammad Farmirul diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply