Remaja 14 Tahun Mengaku Bersalah Cuba Rog0l Adik Perempuan | SINGAPURA – Seorang remaja lelaki di Singapura mengaku bersalah atas tuduhan cuba memperkosa adik perempuannya yang berusia lapan tahun ketika dia berusia 14 tahun, lapor laman berita Mothership hari ini.

Remaja yang kini berusia 17 tahun itu didakwa atas dua pertuduhan iaitu percubaan merogol dan serangan seksual. Tertuduh juga merakam gambar lucah adiknya.

Remaja itu tinggal di sebuah rumah pangsa bersama ibu bapa, datuk, nenek, seorang abang dan adik perempuannya.

Pada Jun 2020, remaja itu tinggal bersendirian dengan adik perempuannya di dalam bilik tidur. Dia meminta mangsa menanggalkan pakaian dan cuba memperkosanya, namun gagal.

Tertuduh merakam gambar lucah mangsa sebelum keluar daripada bilik. Dia meminta mangsa melupakan perkara itu dan memadamkan gambar tersebut.

Dua bulan kemudian, pada Ogos 2020, tertuduh menghantar mesej teks kepada seorang rakan dan berkongsi rahsia mengenai perkara itu.

Remaja itu bertindak semula dua tahun kemudian antara Februari dan Julai 2022. Hanya adik perempuan dan abangnya yang berada di rumah ketika itu.

Tertuduh cuba menyerang mangsa secara seksual selepas memasuki biliknya ketika dia sedang tidur.

Apabila ibunya pulang ke rumah dan bertanya apa yang mereka buat, tertuduh berbohong dan berkata bahawa dia membantu mangsa memeriksa kemaluannya yang sakit.

Ibu mereka percaya alasan tersebut, namun meminta remaja lelaki itu tidak mengulangi perbuatannya.

Namun pada 2022, rakan tertuduh melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah. Bapanya kemudian membuat laporan polis pada 25 Ogos 2022.

Perbicaraan seterusnya untuk kes budak lelaki itu diadakan pada Jun ini.

Sumber: KOSMO

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Remaja 18 Tahun Mengaku Salah Rogol Adik Kandung Sendiri

Remaja lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol adik kandungnya yang berusia 15 tahun.

Tertuduh berusia 18 tahun membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kuala Nerus, antara jam 2 hingga jam 3 petang pada Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengulangi kesalahan sama di alamat sama, jam 3.30 petang pada 5 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 18 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk jatuh hukum sementara menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber : HM

 

Share.

Leave A Reply