Remaja 17 Tahun Menigg4l Dunia, Motosikal Terbabas Hilang Kawalan | GOMBAK – Seorang remaja menemui ajal apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dalam satu kejadian di Bandar Country Homes, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 2.35 petang.

“Mangsa lelaki warga tempatan berusia 17 tahun menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari arah Bandar Puteri Height menghala Bandar Tasik Puteri.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri ke kiri jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Perubatan Hospital Sungai Buloh,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ujarnya, mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd. Norazlan Noorudin di talian 019-7974466 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian
 03-61262222.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Seorang Lelaki M4ut, Kereta Hilang Kawalan Terbabas Rempuh Treler

Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya melanggar sebuah treler dalam kejadian di kilometer (KM) 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur pada pagi Ahad.

Mangsa yang maut, Muhammad Khairil Aznie Bahraum beralamat di Slim Village, Slim River memandu kereta Perodua Myvi bersama-sama dua lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, lori treler terbabit dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Ipoh manakala kereta Perodua Myvi dipandu mangsa dalam perjalanan dari Chenderiang menuju ke Slim River.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa yang berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar tayar hadapan sebelah kanan treler terbabit.

Kejadian kemalangan maut membabitkan sebuah kereta dan lori treler di KM 77.5 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini pada pagi Ahad. - Foto IPD Tapah

“Akibat dari kemalangan terbabit, pemandu kereta mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Wan Azharuddin berkata, dua penumpang kereta masing-masing berusia 23 dan 24 tahun yang juga rakan sekampung mangsa masing-masing mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala dan tangan.

Menurutnya, pemandu treler berusia 59 tahun itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis sedang mengesan saksi kejadian selain kedua-dua kenderaan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Sumber :SH

Share.

Leave A Reply