Kluang: Pemandu lori tunda yang bimbang dipukul orang kampung bertindak melarikan diri dari lokasi kemalangan yang menyebabkan remaja putus tangan kanan dan maut di Kilometer (KM) 95, Jalan Batu Pahat – Mersing, dekat sini, 12.20 tengah malam tadi.

Bagaimanapun, dia kemudian kembali ke situ, selepas merujuk kejadian itu dengan polis.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 48 tahun itu bertindak memandu sehingga ke Mersing selepas kenderaannya bergesel dengan Yamaha Y15ZR, dipandu mangsa, Mohammad Haziq Haiqal, 18.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut parah di kepala dan sebelah kanan badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal ditunggang remaja itu dari arah Mersing menghala ke Kluang, manakala lori tunda itu pula dipercayai dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kedua-duanya bergesel di kawasan tengah jalan, berdasarkan serpihan yang berada di garisan berkembar tengah jalan.

“Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami apa-apa kecederaan.

“Pemandu lori itu yang takut dipukul oleh orang kampung tidak menunggu di tempat kejadian dan terus memandu ke Mersing,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, bagaimanapun, pemandu lori tunda berkenaan merujuk kejadian itu dengan polis, dan datang semula ke daerah ini untuk membuat laporan kemalangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Operator Kilang M4ut Selepas Digilis Lori Tidak Sempat Brek

Seorang operator kilang maut selepas tercampak dan digilis sebuah lori dalam nahas di Kilometer 183 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Muhammad Nur Aliffi Mulyani, 27, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, sebelum kejadian terdapat sebuah lori jenis Hino dari arah sama telah berhenti di bahu jalan kerana mengalami kerosakan.

Katanya, setiba di lokasi, mangsa yang ketika itu menunggang di lorong kiri bagaimanapun tidak menyedari lori tersebut lalu melanggar kenderaan berat terbabit.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y16ZR telah tercampak di tengah jalan di lorong kiri.

“Pada masa sama, datang pula sebuah lori lain jenis Daihatsu Delta yang tidak sempat membrek lalu menggilis mangsa sejauh lima meter,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sin, hari ini.

Katanya, akibat pelanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan dan mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk proses bedah siasat

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply