Remaja Antara Empat Individu Ditahan Kes Macau Scam | Kes macau scam bukanlah satu isu baru dalam kalangan masyarakat di negara ini. Hal ini kerana terdapat ramai dalam kalangan masyarakat yang terpedaya kerana kebanyakkan dari mereka sangat licik dalam memperdayakan mangsa.

Remaja Antara Empat Individu Ditahan Kes Macau Scam

Seremban: Polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) NilaiĀ  berjaya menangkap empat individu bagi membantu siasatan kes Macau Scam yang dilaporkan di Nilai oleh seorang juruteknik, 9 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, penangkapan berkenaan adalah susulan kejayaan dalam tiga serbuan berasingan di Pulau Pinang yang dilakukan dari jam 9 malam hingga jam 9 pagi tadi.

Katanya, seorang wanita berusia 22 tahun dan tiga lelaki termasuk remaja berusia 16 hingga 31 tahun ditangkap dalam serbuan itu.

Tiga daripada suspek beralamat di Pulau Pinang manakala seorang lagi suspek iaitu seorang remaja yang ditangkap beralamat di Sandakan, Sabah.

Jelasnya, semua yang ditangkap akan dipohon tahanan reman hari ini di Mahkamah Seremban 2 dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang juruteknik kilang rugi sebanyak RM470,000 selepas terpedaya dengan ahli sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan telah membuat laporan di Balai Polis Nilai.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply