Remaja Buang Bayi Teman Wanita Dalam Semak Didakwa

| April 7, 2021 | 0 Comments

Remaja Buang Bayi Teman Wanita Didakwa | Tidak dapat dinafikan bahawa masalah sosial turut menghambat masyarakat, maka wujudlah kes pembuangan bayi yang kian meningkat saban hari. Kes pembuangan bayi biasanya melibatkan golongan remaja yang bertindak terburu-buru ketika mengambil tindakan.

Remaja Buang Bayi Teman Wanita Dalam Semak Didakwa

Hal ini berlaku kepada sepasang pasangan kekasih yang masing-masing berusia 19 dan 17 tahun yang telah diberkas oleh polis selepas dipercayai telah membuang bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan di dalam semak sehingga menyebabkannya meninggal dunia.

Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas pertuduhan membuang bayi yang dilahirkan teman wanitanya di dalam semak pada 29 Mac yang lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan yang direkodkan daripada tertuduh, Ahmad Shamil Ashraf Zainudin, 19 sebaik sahaja pertuduhan dibicarakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah didakwa melakukanbunuh ke atas seoarang bayi lelaki yang baru dilahirkan oleh seorang remaja perempuan berusia 17 tahun empat bulan antara jam 12.01 pagi hingga 10.30 malam di kawasan semak tepi jalan berhampiran Pusat Asuhan Tunas (Pasti) Ahmadiah pada hari kejadian.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika dia disabit kesalahan. Majistret Muhammad Izwan Mohamed Noh telah menetapkan 19 Mei depan sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Raudah Mazman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, soal siasat mendapati remaja perempuan itu mengaku melahirkan bayi tersebut hasil hubungan sulitnya bersama teman lelakinya pada Januari tahun lalu sebelum dia disahkan mengandung pada Mac 2020.

Menurutnya, suspek telah melahirkan seorang bayi lelaki itu lebih kurang pada jam 12 tengah malam yang disambut oleh teman lelakinya di sebuah rumah di Kandang sebelum individu itu bertindak memasukkan bayi yang masih hidup ke dalam kotak plastik dan dibungkus dalam plastik hitam lalu dibuang ke kawasan semak.

Sumber : Kosmo, Sinar Harian 

Tags: ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *