Remaja Hamilkan 10 Gadis Sekali Gus Ditahan | Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan polis selepas disyaki menghamilkan 10 gadis sekali gus. Remaja yang berasal dari Nigeria itu turut ditahan bersama seorang suspek lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam sindiket ‘kilang bayi’.

Memetik laporan Pulse, suspek yang dikenali dengan nama Noble Uzuchi ditahan selepas pihak polis melakukan serbuan di dua buah rumah yang terletak di Igwuruta dan Omagwa pada 7 Januari lalu.

Hasil serbuan dilakukan, pihak polis berjaya menyelamatkan 10 gadis dan lebih mengejutkan apabila mendapati kesemua mereka sedang berbadan dua.

Hasil siasatan mendapati, remaja berkenaan bersama seorang lagi suspek lelaki dipercayai dibayar untuk menghamilkan para gadis supaya bayi yang dilahirkan itu dapat dijual.

Menurut sumber, ketua sindiket ‘kilang bayi’ itu akan menyimpan bayi yang dilahirkan sebelum menjualnya kepada mereka yang berminat.

Difahamkan, setiap para gadis yang melahirkan bayi ditawarkan wang sebanyak RM4,800 setiap kali bersalin. Gadis-gadis berkenaan akui nekad bertindak sedemikian kerana tertarik dengan wang lumayan yang ditawarkan.

Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan pihak polis masih mengesan pembeli yang terlibat dalam sindiket haram ini.

Sumber: Oh Bulan

 

Artikel Lain

NGERI! Wanita Tergamak Belah Perut, ‘Culik’ Kandungan Wanita Hamil

Seorang wanita dari Texas, Amerika Syarikat berdepan hukuman mati selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil berusia 21 tahun selain bertindak ‘menculik’ bayi yang dikandung mangsa.

NGERI! Wanita Tergamak Belah Perut, 'Culik' Kandungan Wanita Hamil

Taylor Rene Parker disabitkan bersalah kerana membunuh Reagan Michelle Simmons-Hancock pada Oktober 2020 dan mengambil bayi dalam perut mangsa yang kemudiannya meninggal dunia.

Memetik laporan Sky News, tertuduh yang berusia 29 tahun itu didapati memukul kepala wanita hamil itu sekurang-kurangnya lima kali sebelum membelah perut dan pinggul untuk mengeluarkan bayi berkenaan.

Keputusan jenayah dijatuhkan selepas tiga minggu proses pendengaran di Bowie County di timur laut Texas, dimana peguam Parker menolak pertuduhan penculikan dalam usaha untuk mengurangkan pertuduhan jenayah berat anak guamnya itu.

Peguam tertuduh berhujah bahawa bayi itu tidak pernah hidup sekali gus tidak boleh dianggap ‘diculik’ namun pendakwa raya memaklumkan pengamal perubatan yang hadir memberi keterangan memaklumkan bahawa bayi memiliki degupan jantung ketika dilahirkan.

“Kami telah membentangkan secara teratur apa yang dia (Parker) lakukan, mengapa dia melakukannya, semua bahagian yang bergerak dan segala kecederaan pada mayat,” kata pendakwa raya Kelley Crisp.

Sementara itu, proses menentukan hukuman ke atas Parker ditetapkan bermula 12 Oktober ini.

Pendakwa raya menuntut hukuman mati tetapi pihak juri boleh memilih agar pesalah menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.

Sumber : Astro Awani

 

Wanita Terkejut Lahir Anak Dlm Tandas Pesawat Tak Tahu Dirinya Hamil

Wanita Terkejut Lahir Anak Dlm Tandas Pesawat Tak Tahu Dirinya Hamil | Seorang wanita dari Ecuador terkejut apabila dia melahirkan anak di dalam tandas sebuah pesawat kerana tidak menyedari dirinya telah hamil, lapor akhbar Daily Star semalam.

Tamara telah melakukan perjalanan ke Madrid, Sepanyol dengan menaiki penerbangan syarikat KLM Belanda yang perlu melakukan transit di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam.

Ketika kejadian, dia pergi ke tandas kerana mengalami sakit perut hanya beberapa jam sebelum pesawat itu tiba di lapangan terbang tersebut.

Tamara bernasib baik kerana terdapat dua doktor dan seorang jururawat di dalam penerbangan itu datang untuk membantunya.

Syarikat penerbangan mempunyai polisi ketat yang melarang wanita sarat daripada terbang kerana risiko dan bahaya untuk bersalin di udara.

Dia sangat berterima kasih atas bantuan mereka sehingga menamakan anaknya, Maximiliano sempena nama salah seorang doktor dalam penerbangan itu.

Sebaik sahaja mereka mendarat di Belanda dengan selamat, Tamara dan bayinya dibawa dengan ambulans ke hospital Spaarne Gasthuis Haarlem South yang terletak di barat Amsterdam.

Jurucakap syarikat penerbangan mengesahkan bahawa ibu dan bayi itu berada dalam keadaan baik.

Mereka kini menunggu kertas kerja rasmi untuk bayi itu disiapkan sebelum boleh meneruskan perjalanan ke Madrid.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply