Remaja Lelaki Jatuh Sungai Ditemui Lemas | Mayat lelaki yang jatuh ke dalam Sungai Batang Rajang pada Sabtu lalu, ditemui terapung kira-kira 40 kilometer ke hilir sungai dari lokasi mangsa terjatuh.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.30 petang semalam.
Katanya, mayat mangsa ditemui orang awam berhampiran Sungai Bidut, sebelum mereka menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu Sentral.
Beliau berkata, pengecaman oleh ahli keluarga mangsa mengesahkan mayat terbabit ialah Dublin Cilnet, 18, yang terjatuh ke sungai semasa menggunakan bot fiber menghantar tong minyak ke seberang sungai.
“Pengecaman mayat dibuat berdasarkan baju, gelang dan rantai yang dipakai mangsa pada hari kejadian,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi tujuan bedah siasat.
Sumber : BH