Remaja Lelaki Lemas Tersepit Dicelah Batu.

| December 15, 2020 | 0 Comments

Remaja Lelaki Lemas Tersepit Dicelah Batu. | Taiping: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan tersepit di celah batu ketika mandi bersama rakan di sungai berhampiran sebuah chalet, Air Itam, Jelai, Batu Kurau, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 6.03 petang.

Menurutnya, difahamkan ketika kejadian mangsa bersama empat lagi rakan datang ke lokasi untuk mandi-manda sebelum mangsa dilaporkan tergelincir di celah batu.

Katanya, ketika kejadian sekitar 5. 30 petang, mangsa berusia 18 tahun dari Tebuk Panchor, Simpang Empat, Semanggol, Bagan Serai itu tergelincir dipercayai akibat laluan licin berikutan hujan lebat.

“Mayat dilaporkan tersepit di celah batu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi dijalankan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Batu Kurau dan Kamunting,” katanya dihubungi media.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa yang terjatuh tersangkut di celahan batu dan operasi mengeluarkan mangsa masih lagi dijalankan.

Sehingga 10 malam ini, SAR mengeluarkan mangsa masih lagi berlangsung dan keadaan di lokasi masih hujan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *