Kes kematian remaja lelaki dalam insiden kebakaran tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, semalam, disisat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan iaitu kematian tanpa niat.

Remaja Lelaki Maut Dalam Kebakaran. 'Ini' Tindakan Bakal Diambil Polis

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kedua-dua rakan mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun sudah ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut Arjunaidi, hasil ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas kedua-dua remaja itu juga mendapati negatif dadah.

Dalam masa sama, kata beliau, permohonan reman terhadap mereka juga dilakukan pagi ini.

Arjunaidi turut memberitahu, polis juga belum mendapat laporan patologi bagi mengetahui punca kematian remaja berusia 16 tahun itu.

Semalam, media melaporkan tindakan dua remaja bermain api mengundang padah apabila seorang rakan mereka maut selepas terperangkap di dalam tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3.

Polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 2.38 petang.

Menurut rakan mangsa iaitu dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 16 tahun, ketika kejadian mereka sedang baring di sofa di dalam tandas berkenaan.

Kebakaran bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api menjadi tidak terkawal.

Sumber: Astro Awani 

Share.

Leave A Reply