Remaja Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga

| June 18, 2020 | 0 Comments

Remaja Lemas Ketika Berkelah Bersama Keluarga | Kuala Berang: Perkelahan sekeluarga membabitkan 18 orang di kawasan Air Terjun Belukar Bukit, Kuala Berang, Hulu Terengganu, di sini, berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka dilaporkan lemas, hari ini.

Mangsa, Muhammad Affizie Irffanshah Mazita @ Jamal, 14, dari Kampung Padang Kemunting Batu Rakit, Kuala Nerus, ditemui di tempat kejadian oleh anggota Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, jam 12.15 tengahari.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daut, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama 17 orang ahli keluarganya dikatakan ke kawasan perkelahan itu dengan menaiki empat kenderaan pada jam 10 pagi.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa berenang secara bersendirian jam 10.45 pagi.

“Kira-kira 15 minit berada di dalam air, bapa saudara mangsa berusia 47 tahun mendapati anak saudaranya mengangkat tangan sebelum tenggelam.

“Bapa saudara mangsa kemudian berusaha menyelamatkan mangsa dengan menyelam di lokasi kejadian namun dia gagal ditemui,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, usaha menyelamatkan mangsa turut dilakukan penduduk setempat namun gagal sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang yang tiba di lokasi kejadian jam 12 tengah hari.

Menurutnya, operasi SAR mengambil masa selama 15 minit sebelum mangsa ditemui di lokasi kejadian jam 12.15 tengah hari.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk bedah siasat.

Sumber : BH

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *