Remaja Penunggang Motosikal Maut Selepas Dilanggar Pacuan Empat Roda

| April 12, 2021 | 0 Comments

Remaja Penunggang Motosikal Maut Selepas Dilanggar Pacuan Empat Roda | Berlaku satu kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan juga pacuan empat roda (4WD) selepas dikatakan kedua-dua buah kenderaan ini bertembung antara satu sama lain di persimpangan lampu isyarat berdekatan Sibujaya, di sini, semalam.

Remaja Penunggang Motosikal Maut Selepas Dilanggar Pacuan Empat Roda

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7:35 malam apabila mangsa yang menunggang motosikal sedang menuju ke jalan utama Sibu/Durin selepas dia dikatakan datang dari flat Sibujaya.

Kereta pancuan empat roda juga ketika itu sedang bergerak menuju ke kawasan komersial Sibujaya sebelum motosikal tersebut tiba-tiba sahaja  merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut dengan kuat.

Menurut Ketua Polis Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataan, mangsa telah dikenal pasti sebagai George Jua,18 dan dikatakan berasal dari Rumah Doris iaitu berdekatan Sungai Pasai. Mangsa turut dilaporkan mati di tempat kejadian oleh paramedik yang bertugas selepas didapati kecederaannya agak parah akibat daripada pelanggaran tersebut.

Tambah Stanley lagi, pemandu pacuan empat roda tersebut berusia 37 tahun telah disabitkan dengan kesalahan dan ditangkap dibawah Seksyen 112 Akta Pengakutan Jalan 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) akta yang sama.

Kes masih disiasat bagi mengetahui punca sebenar kemalangan sama ada pemandu tersebut adalah dibawah pengaruh alkohol atau sebaliknya. Pemandu pacuan empat roda tersebut dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis menurut Stanley dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Borneo Post

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *