Remaja Perempuan Ditemui Mati Rupanya Dibunuh Rakan Baik

| November 2, 2020 | 0 Comments

Remaja Perempuan Ditemui Mati Rupanya Dibunuh Rakan Baik | Hulu Terengganu – Remaja perempuan, Siti Nur Suria Ismail, 19, yang mati dalam keadaan ngeri di rumahnya semalam rupa-rupanya dibunuh oleh rakan baiknya sendiri.

Suspek yang merupakan bekas rakan sekolah Siti Nur Suria dipercayai melakukan perbuatan kejam itu hanya kerana tidak puas hati ekoran diperli mangsa.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Chik berkata, remaja perempuan berusia 19 tahun tersebut ditahan selepas tampil memberi keterangan di Balai Polis Telemog di sini pada pukul 7.30 pagi.

“Suspek pada mulanya mendakwa menemui mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu sewaktu pergi ke rumah mangsa pada pukul 9.30 pagi semalam.

“Pun begitu, kita menahan suspek setelah mengesyaki suatu tidak kena apabila terdapat kesan lebam dan gigitan di beberapa bahagian badannya. Setelah disoal, suspeknya akhirnya mengaku membunuh mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roslee berkata, berdasarkan keterangan awal suspek, dia pada mulanya pergi ke rumah Siti Nur Suria sekadar untuk bersembang kosong sebelum bertengkar.

Tambah beliau, suspek kemudian telah menyerang Siti Nur Suria sebelum berlaku pergelutan yang menyebabkan mangsa cedera ditetak di bahagian muka, leher dan dada.

BERITA SEBELUM: Remaja Perempuan Ditemui Mati Mengerikan

Seorang remaja berusia 19 tahun ditemui mati berlumuran darah dipercayai menjadi mangsa samun di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini hari ini.

Mayat Siti Suria Ismail, 19, ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan pergelangan tangan kirinya putus oleh adik bongsunya, Diana Syuhada, 15, pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Abang mangsa, Mohd Zaid Asroi, 28, berkata, pada mulanya, Diana Syuhada pelik kakaknya tidak mengambilnya pulang dari sekolah seperti kebiasaan.

“Dia kemudiannya berjalan kaki balik ke rumah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

“Sebaik tiba, adik bongsu saya nampak mayat Siti Nur Suria tertiarap di ruang tamu berhampiran katil ibunya, Zaini Musa, 55, yang terlantar akibat barah otak sejak tiga bulan lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *