Rempuh Lori Lain, Pemandu Lori Maut

| September 21, 2020 | 0 Comments

Rempuh Lori Lain, Pemandu Lori Maut | Pemandu lori dipercayai mengalami masalah kesihatan maut selepas gagal mengawal kenderaan dipandunya ketika cuba mengelak lori diparkir di bahu jalan di Kampung Melaka, Jalan Hulu Langat, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, lelaki berusia 58 tahun itu turut merempuh sebuah perhentian bas dan sebuah kedai makan di sebelah tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa dalam perjalanan dari Hulu Langat menghala ke Batu 9, namun sebaik tiba di tempat kejadian dia cuba mengelak lori diparkir di bahu jalan, tetapi gagal.

Menurutnya, lori dipandu mangsa turut merempuh perhentian bas dan kedai makan di sebelah tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa berkemungkinan mengalami masalah kesihatan semasa memandu lori sehingga gagal mengawal kenderaannya.

“Pegawai perubatan yang tiba mendapati mangsa maut di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, seorang lagi pemandu lori ditahan di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Hmetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *