Rempuh Treler Lain, Pemandu Putus Kaki Kanan

| November 4, 2020 | 0 Comments

Rempuh Treler Lain, Pemandu Putus Kaki Kanan | Seorang lelaki putus kaki kanan apabila treler dipandunya bertembung dengan treler lain di Jalan Telok Gong di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, M. Kunasclan yang turut cedera pada kaki kiri telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah treler dipandu mangsa dalam perjalanan ke Telok Gong dari Pelabuhan Utara.

Katanya, kenderaan dipandu mangsa kemudiannya telah memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung secara berdepan dengan treler lain dipandu lelaki berusia 33 tahun.

“Selepas pertembungan itu, pemandu berusia 33 tahun itu turun dan mendapati mangsa telah berada di atas jalan raya.

“Mangsa yang putus kaki kanan dan cedera di kaki kiri kemudiannya dihantar ke HTAR,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kata beliau, seorang lelaki pemandu treler tersebut hanya cedera ringan dan lebam pada kedua-dua tangannya.

Shamsul Amar menjelaskan, siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya dan kes disiasat mengikut Seksyen Sek 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *