Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya Datuk Mohd Nizar Najib mendapat restu dan sokongan padu anggota keluarga yang mendoakan perjuangan pertamanya sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Restu Ibu Iringi Perjuangan Mohd Nizar Najib

Ibunya, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 66 berkata, dia akan sentiasa menjadi penyokong kuat kepada Mohd Nizar berusia 44 tahun.

Menurutnya,mengharapkan agar semuanya akan berjalan lancar untuk dia (Mohd Nizar), Insya-Allah. Saya juga berharap dia diberi mandat oleh penduduk di kawasan Peramu Jaya, sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka jika dipilih pada PRU ke-15 kali ini.

Dia, isteri Mohd Nizar, Datin Nur Sharmila Shaheen bersama penyokong BN Pekan turut mengiringi calon BN itu bagi proses penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Turut sama dua lagi anak Tengku Puteri Zainah, Putri Norlisa Najib dan Datuk Nazifudin serta

Sementara itu, Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan berkata, sudah menjadi tradisi keluarganya untuk memohon restu daripada orang tua, sebelum melakukan sesuatu yang penting.

Jelasnya, amat penting untuk dapatkan restu mereka, lagi pun ini adalah sebagai hormat kepada ibu bapa sebagaimana ajaran agama kita juga.

Katanya, sebelum ini juga telah bertemu dengan daddy (Datuk Seri Najib Razak) dan dia amat gembira apabila dicalonkan sebagai wakil rakyat di DUN Peramu Jaya sambil mendoakan kejayaan besar berpihak kepadanya.

Tambahnya lagi, sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat beliau akan berusaha membangunkan kawasan Peramu Jaya sambil mengikut corak kepimpinan digunakan daddy.

Sebagai muka baharu, beliau akan bersama membantu memperkukuh kerajaan negeri jika diberikan peluang oleh rakyat untuk berkhidmat.

Jelasnya, beliau akan fokus kepada usaha membangunkan anak muda dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kemahiran golongan itu selain membantu menarik pelaburan baharu ke kawasan Pekan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply