‘Rider’ Grabfood Trauma Ingin Mula Bekerja Selepas Dirempuh Lori

| April 27, 2021 | 0 Comments

‘Rider’ Grabfood Trauma Ingin Mula Bekerja Selepas Dirempuh Lori | Menjadi seorang penghantar makanan bukanlah satu kerja yang mudah seperti disangkakan. Malah mereka ini lebih terdedah kepada bahaya yang berada di atas jalan raya. Nyawa turut menjadi taruhan apabila mereka berusaha sedaya upaya untuk menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Rider' Grabfood Trauma Ingin Mula Bekerja Selepas Dirempuh Lori

Tiada siapa dapat menjangka apa yang bakal terjadi dalam hidup mereka, keadaan ini sama sepertimana yang berlaku kepada Faris Ismail, 31 apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran jalan Subang-Kota Damansara, Isnin lalu.

Kejadian itu telah berlaku kira-kira pada jam 3.20 petang semasa dia dalam perjalanan menghantar makanan yang telah dipesan oleh pelanggannya sebelum motosikal ditungganginya dirempuh sebuah lori. Akibat daripada kemalangan itu, badannya mengalami luka, lebam dan sakit di seluruh badan akibat hentakan ke jalan raya.

Dia kini buntu memikirkan nasib keluarganya kerana motosikal yang digunakan hampir tiga tahun lalu sebagai sumber rezeki telah rosak teruk selepas dilanggar oleh sebuah lori yang merempuhnya.

Bapa kepada dua cahaya mata itu sayu mengenangkan nasib keluarga yang bergantung penuh kepada pendapatannya lebih-lebih lagi nahas itu berlaku ketika bulan puasa sekali gus menjejaskan persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

kemalangan itu telah memberikan kesan mendalam kepadanya dan keluarga. Dia berasa trauma untuk membawa motosikal dan sukar untuk kembali bekerja selepas kemalangan itu berlaku. Mengimbau detik ketika kemalangan itu, Faris berkata, lori “hantu” berkenaan tiba-tiba menukar arah dan membelok ke kiri dalam keadaan mengejut.

Lori itu tiba-tiba merempuh motosikalnya menyebabkan dia tercampak hampir 50 meter. Ketika jatuh di atas jalan, datang pula sebuah Hilux yang hampir mahu melanggarnya, namun akibat brek mengejut, kenderaan itu merempuh motosikal dan menyebabkan kerosakan lebih teruk.

Pendapatan utamanya hanyalah sebagai penghantar makanan, ditambah pula semua komitmen ditanggung olehnya sendiri kerana isterinya tidak bekerja. Kini mereka hanya bergantung sepenuhnya kepada wang simpanan bagi menampung kehidupan isteri dan dua orang anak yang masih bersekolah.

Sebelum bekerja sepenuh masa sebagai penghantar GrabFood, Faris bekerja di syarikat katering milik ibu mertuanya sejak berumur 18 tahun. Namun perintah kawalan pergerakan tahun lalu memaksa syarikat itu menghentikan operasi berikutan majlis perkahwinan atau majlis sosial tidak dibenarkan.

Faris kemudian membuat keputusan untuk menjadi penghantar sepenuh masa memandangkan pendapatan yang diperolehi dengan GrabFood lebih tinggi sekitar RM150 hingga RM160 sehari berbanding katering yang tidak menentu.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *