Rintihan Penghuni Rumah Orang Tua Semasa PKP

| May 10, 2021 | 0 Comments

Rintihan Penghuni Rumah Orang Tua Semasa PKP | Orang tua mana yang tidak merindui keluarganya ditambah pulak perlu tinggal berjauhan daripada mereka dan sudah lama tidak dapat untuk bertemu disebabkan oleh pandemik covid-19 yang melanda negara serta PKP yang membataskan pergerakan orang ramai.

Rintihan Penghuni Rumah Orang Tua Semasa PKP

Hanya Tuhan tahu isi hati Abdul Arif Ujang, terpaksa berhari raya di rumah kebajikan tanpa kunjungan adik-adiknya, yang terjebak bersama jutaan warga Lembah Klang dalam perintah larangan pergerakan akibat wabak yang makin mengganas.

Beliau amat memahami dengan keterbatasan sekarang namun perasaannya itu tidak dapat untuk dibendung lagi ditambah pula kerana terlalu lama memendam rindu. Dia terus memandang ke lantai tanpa sempat untuk menghabiskan ucapan rayanya kepada keluarga dan rakan-rakan.

Kehadiran kru FMT di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas di Puchong, Selangor disambut dengan mesra oleh penghuninya. Pertemuan kami diselang-seli dengan lagu-laguan dan komen mengenai sajian raya.

Miskiah Misnoh turut menyenaraikan sajian yang boleh dimasak olehnya. Beliau telah tinggal di rumah jagaan orang tua itu selama 12 tahun bersama dengan 44 orang warga tua yang lain. Anak-anaknya di Semenyih, kira-kira 43 minit dari Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Miskiah, 74, berkata keluarganya tidak datang menjemputnya untuk beraya sejak “kefew” tahun lepas.

Dia mengatakan bahawa keluarganya tidak merindui dirinya, sekiranya mereka merinduinya semestinya mereka akan datang melawat dan menjemputnya untuk berhari raya.

Omar Nasri, 84, berkata sambutan raya di pusat itu boleh jadi agak meriah, dikelilingi rakan-rakan seusia. Beliau berkata kehidupan seharian mereka diisi dengan aktiviti, seperti senam aerobik pada Isnin, Rabu, dan Jumaat. Bersuara lembut, tawa tidak lekang dari wajahnya, yang sempat menyanyikan lagu untuk penonton FMT.

Pengurus pusat, Mohd Arif Abdullah Azman, berkata pihaknya cuba membuat persiapan raya tahun ini dengan sebaik mungkin, lagi-lagi ketika ahli keluarga penghuni terbatas kerana PKP. Biasanya, mereka akan menghias pusat tersebut bagi mewujudkan suasana raya.

Sumber: Free Malaysia Today

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *