RM 100 Juta Bakal Dituntut Kedah Bagi Royalti Pajakan Pulau Pinang- MB Kedah | Negeri Kedah dilaporkan bakal melakukan tuntutan royalti kepada Pulau Pinang dengan jumlah RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi pajakan negeri Pulau Pinang, baru-baru ini. 

 RM 100 Juta Bakal Dituntut Kedah Bagi Royalti Pajakan Pulau Pinang- MB Kedah

Ia susulan Menteri Besar Kedah, Muhamad Sanusi Md Nor berkata, tuntutan itu adalah salah satu permohonan kerajaan negeri dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Jelasnya, elama ini Kedah hanya menerima bayaran pemberian khas sebanyak RM10 juta setahun bermula 2018 dan royalti sebanyak RM10,000 setahun sejak pajakan itu bermula pada 1786.

Beliau berpendapat bahawa selama 235 tahun tiada satu pun kajian dilakukan untuk mengkaji dan menilai semula bayaran royalti mengikut nilai semasa bagi pajakan tersebut.

Baginya, tidak munasabah sama sekali nilai 1786 itu dibawa ke tahun 2021/2022, jadi atas asas nilaian semasa yang tidak begitu sempit kerajaan negeri mohon dipertimbangkan RM100 juta.

Menurutnya, bayaran RM100 juta itu tidak besar nilainya jika dibandingkan dengan hasil yang diperoleh Pulau Pinang selepas mereka hanya memohon nilai sebanyak RM100 juta.

Sambungnya, jika mereka mohon Jabatan Pernilaian dan Perkhidmatan Harta membuat penilaian terperinci saya fikir nilainya lebih tinggi kemungkinan mencecah antara RM400 hingga RM500 juta.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar menyokong kenyataan Muhammad Sanusi bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini.

PSMCK turut mendesak supaya kerajaan Kedah mengadakan satu perbincangan yang serius dengan kerajaan Pusat bagi mewujudkan satu persefahaman dengan mengambil kira kadar bayaran tahunan baharu yang merangkumi tempoh masa yang dicapai.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply