Rogol & Liwat Kerani Hingga Maut, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah

| September 6, 2021 | 0 Comments

Rogol & Liwat Kerani Hingga Maut, Lelaki Mengaku Tidak Bersalah | Susulan kes tragis seorng wanita maut selepas dirogol dan diliwat seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya kemudian mayat disorok bawah katil. Baca selanjutnya..

Seberang Perai – Seorang pengembala lembu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Munisipal Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, M. Kirubakaran, 29, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aziana Azib.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh sehingga menyebabkan kematian Lee Ling Tee, 40.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas, Nibong Tebal di sini di antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 28 Ogos lalu.

Kirubakaran yang kelihatan tenang di kandang tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

BACA JUGA ARTIKEL BERKAITAN KES INI : KEJAM! Wanita Dirogol & Diliwat Sehingga Maut Sebelum Mayatnya Disorok Bawah Katil

Sementara itu, di mahkamah sama, tertuduh mengaku bersalah bagi dua pertuduhan memasukan dadah jenis amphetamin dan methamphetamine ke dalam tubuh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Nibong Tebal di sini.

Tertuduh yang mengenakan kemeja-T berwarna ungu dan berseluar pendek itu didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 1 pagi pada 29 Ogos lalu.

Bagi kedua-dua kesalahan berkenaan, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes akan disebut semula pada 8 November depan sementara menunggu laporan patologi dan bedah siasat, manakala tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang kerani wanita ditemui mati dalam keadaan tragis di bawah katil selepas dipercayai dirogol dan diliwat oleh seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Taman Seruling Emas awal pagi Sabtu.

Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumah itu kira-kira pukul 2 pagi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *