Rogol Salah Wanita?

| July 4, 2020 | 0 Comments

Rogol Salah Wanita? | Isu rogol salah siapa ni sebenarnya isu basi. Lapuk. Dalam ramai yang bersetuju yang rogol tu memang salah perogol, masih ada suara-suara yang nak kaitkan rogol dan salah wanita. Dan yang menyedihkan bila golongan yang buat ni selalunya berimej Islamik atau menggunakan ayat-ayat agama.

“Yelah, memang salah perogol. Bukan nak back up perogol pun. Tapi kalau

dah bergambar macam kucing mengawan, bertabarruj, buat lelaki

terangsang, akhirnya merogol orang lain bila ada peluang, kamu pun salah

juga. Bukan semata-mata salah perogol tu”

 

What???

 

“Tutup aurat tu wajib. Tu sebab Islam suruh tutup aurat. Sebab nafsu

lelaki ni macam api yang sukar dipadam. Yang tak dapat kawal diri, tu

yang jadinya rogol.”

 

Huh!!!

 

Cukup. Jenayah rogol salah perogol. Titik. Full stop. Takda tapi tapi

lagi. Takda kalau kalau lagi. Nak cakap pasal aurat, ikhtilat, tabaruj,

jaga diri, jaga maruah, silakan.

 

Sekali kau kait je dengan rogol, aku anggap semua yang kau cakap tu

sampah. Macam coklat sedap dibalut tahi. Walaupun coklat tu sedap, mahal

tapi tetap dibuang.

 

Dalam apa situasi pun, selagi perogol ada akal yang waras, perogol tetap

salah. Solely. Mangsa rogol tetap mangsa. Takda diskriminasi. Tak perlu

tanya soalan apa yang awak pakai waktu dirogol?

 

Oh, tak tutup aurat. Kurang la sikit simpati. Apa yang awak buat sebelum

dirogol? Oh, awak ikut lelaki naik kereta. Siapa suruh. Cebik. Tak perlu

itu semua untuk kita bersimpati dengan mangsa rogol.

 

Ada peluang, terangsang tengok aurat wanita, that women look cheap. Tu

semua bukan alasan merogol.

 

Ada yang terangsang, mampu beristigfar. Ada yang berpuasa. Ada yang

melampias pada isteri. Ada yang ber0nan1. Ada yang menghampiri zina.

Cari pelacur, cari gf.

 

Lelaki normal umumnya tak sewenang-wenangnya, terangsang je rogol.

Terangsang, ada peluang di rumah, rogol.

 

No! It’s not normal. Mengaitkan aurat dengan terangsang seterusnya

menyebabkan lelaki ber0nan1, berzina. Ok, ada kaitan. Mengaitkan aurat

dengan lelaki terangsang seterusnya merogol. No. Sangat-sangat off.

Kenapa off? Kan sama je tu?

 

Kerana satu situasi melibatkan kehendak dan kawalan diri sendiri

manakala satu situasi lagi melibatkan mangsa dan pemangsa. Rogol di luar

kawalan mangsa. Kawalan sepenuhnya pemangsa.

 

Adakah mangsa tidak menutup aurat supaya dirogol? Tidak. Adakah

perempuan seksi tu sign untuk lelaki yang ‘she’s cheap and deserve to be

rape’ No!

 

“Yelah, memang tak. Tapi dia antara penyebab. Kalau tak dia kena rogol

pun, orang lain yang kena bila ada peluang. Saham tu tetap ada.”

 

Solely no! No No No. Stop validate the wrong thing.

 

Rogol ni masalah global. Di seluruh dunia, women try to empower the

other women that rape is wrong. Dirogol bukan salah kamu.

 

Bukan kerana kamu tak cukup melawan, tak cukup menjerit menyebabkan

pemangsa sangka yang kamu rela. Bukan kerana sekali dah kena, kamu

diamkan, so apa yang jadi ni walau bukan salah kamu, kamu pun ada

bahagian kat situ.

 

No! Rapist bertanggungjawab sepenuhnya atas jenayah rape. Bukan si mangsa.

 

Berapa ramai yang dirogol berdiam diri kerana takut diri mereka

disalahkan. Kerana keliru adakah mereka deserve dirogol kerana bla bla

bla. Kerana orang yang merogol adalah golongan yang dihormati dalam

masyarakat.

 

Ini yang kita cuba putuskan. Kaitan antara rogol dan aurat. Kaitan

antara rogol dengan ikhtilat. Kaitan antara rogol dan salah mangsa. Kaitan

rogol dan salah wanita. Kita nak wanita tutup aurat.

 

Kita nak wanita jaga diri, jaga ikhtilat. Kita nak kurangkan kes zina

kes rogol. Dah tak sanggup nak hadap hari-hari. Tapi biar dengan cara

yang betul. Bila kita kata, tutup aurat supaya tak dirogol atau wanita

lain dirogol, adakah itu betul?

 

Jika saya menutup aurat. Rakan-rakan saya menutup aurat. Satu dunia ini

menutup aurat (I wish haha) Tapi saya dirogol. Maknanya tujuan menutup

aurat tu dah tak tercapai. Jadi apa perlunya saya menutup aurat?

 

We are sent the wrong signal here. Tutup aurat kerana kita patuh pada

suruhan Allah. Hikmah di sebaliknya, mungkin kita dapat. Mungkin tak.

Mungkit tutup aurat backfired us.

 

Contoh susah dapat kerja, didiskriminasi macam di luar negara. Tapi jika

kita buat kerana Allah, apa pun outcome, walau kita dirogol sekalipun,

kita tetap akan tutup aurat. Kerana kita buat kerana Allah bukan untuk

dapat hikmah disebaliknya.

 

We educate women, empower them. At the same time, we educate our men.

Please respect women. Wanita bukan objek seks. Pakaian wanita bukan

punca rogol.

 

Kanak-kanak belum baligh tak perlu dipaksa bertutup litup supaya tak

jadi mangsa ped0phile. Non muslim yang terang-terang tak tutup aurat bukan

penyebab mereka atau wanita lain dirogol. Tak perlu tiba-tiba kena pakai

tudung sebab takut merangsang adik beradik lelaki.

 

Perempuan tak boleh workaholic sangat kerja sampai lewat malam. Nanti

kena rogol. Perempuan tak boleh berdikari sangat ke sana sini

sorang-sorang, nanti kena rogol.

 

Why we make it so hard to be a women? Padahal keputusan untuk merogol

atau tak tu terletak pada lelaki. Bukan perempuan. Tolonglah. Putuskan langsung

kaitan rogol dan salah wanita. Tolong. Kita semakin ke depan. Jangan

tarik kita ke belakang.

 

Kita selalu guna analogi yang salah tentang isu ni.

 

“Jika rumah tak bertutup, jangan salahkan pencuri masuk. Mana ada kucing

tolak ikan depan mata.”

 

Normanya, jika kita tinggalkan rumah, kita memang perlu tutup. Sengaja

tak tutup tu salah. Terlupa tutup tu cuai. Kucing memang takda akal

untuk fikir apa yang boleh apa yang tak boleh. Tu bukan analogy untuk

aurat dan rogol.

 

Let’s say, seorang pencuri tertangkap mencuri baju mahal di pasaraya.

Bila disoal, dia kata ni salah mall. Dah tahu barang mahal, tak semua

orang mampu beli, kenapa tayang-tayang, tunjuk-tunjuk untuk orang belek. Boleh try

pulak tu. Bila ada peluang saya rembatla. How’s that?

 

Barangan display kat rak tu memang norma pasar raya. Kenapa salahkan pasar

raya letak lighting cantik-cantik, display terang-terang sebagai punca

dia tak dapat tahan diri untuk mencuri? Kalau tak mampu, dia ada pilihan.

Jangan masuk pasar raya.

 

Jika perlu juga masuk, tundukkan pandangan. Jangan pandang, jangan

belek. Jika tak mampu juga, pinjam duit kawan untuk beli. Tertangkap

mencuri kemudian salahkan pasar raya sangat la salah. Sebab mereka ada

pilhan untuk tak mencuri.

 

Sama juga. Ditangkap merogol lepas tu salahkan wanita tak tutup aurat.

Sangat la salah. Awak ada akal, awak ada pilihan. Use that. Jangan

salahkan orang lain untuk pilihan yang awak buat. Jangan expect orang

lain yang perlu berubah supaya awak tak terlibat dengan jenayah.

 

Bayangkan tiba-tiba pasaraya dah tak display barang sebab nak elak kes

curi. Tak boleh belek, tak boleh try. Suka? Sebagai seorang yang suka window

shopping, saya tak begitu suka.

 

Tapi tapi tapi… kalau display barang tu norma pasar raya, menutup aurat

tu norma wanita Islam. Benda wajib kot, takda pertikaian.

 

Sigh… betul. Tutup aurat wajib. Sebagai perempuan yang dah dididik

dengan tudung sejak kecil, tak pakai tudung tu sesuatu yang tak normal

untuk saya.

 

Tak dapat bayangkan rasa keluar rumah takda tudung atas kepala. Mesti

berangin je rasa. Mesti rasa macam orang tengok je padahal tak pun. Kau

pun bukan cun sangat haha.

 

Tapi pada sesetengah wanita muslim, pakai tudung tu sesuatu yang asing

bagi dia. Tak normal. Tak dididik dari kecil. Kawan-kawan sekeliling semua

tak pakai. Mesti rasa panas je kalau pakai. Mesti semua orang tengok.

For sure kawan-kawan kutuk.

 

Untuk wanita macam ni, adakah kita perlu paksakan mereka pakai tudung

supaya lelaki tak terangsang hingga wanita lain jadi mangsa rogol? Bagi

saya tu cara dakwah yang salah. Dakwah yang orang bakal campak dalam

bakul sampah.

 

Aku harap lepas ni aku tak perlu lagi dengar benda merepek macam ni.

Educate ourselves, educate our child, educate our women and men. Rogol

bukan salah wanita. Period.

 

– Real Feminist (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *