Rosmah Dapat Kebenaran Lawat Anak Bersalin Di Singapura

| October 15, 2021 | 0 Comments

Rosmah Dapat Kebenaran Lawat Anak Bersalin Di Singapura | Kes mahkamah melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Rosmah Mansor masih lagi dalam proses pembicaraan namun dikhabarkan bahawa beliau telahpun mendapat semula pasport daripada Mahkamah Tinggi di sini, baru-baru ini.

Rosmah Dapat Kebenaran Lawat Anak Bersalin Di Singapura

Ia berikutan Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah, 70, selaku pemohon untuk mendapatkan dokumen perjalanan itu dikembalikan sementara bagi membolehkan isteri bekas Perdana Menteri itu ke Singapura.

Menurut Hakim Mohamed Zaini Mazlan, pasport pemohon perlu diserahkan kepada pemohon terbabit pada Jumaat, 15 Oktober manakala ia perlu dikembalikan semula pada atau sebelum 6 Disember, menurut laporan Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kebenaran tersebut adalah bersyarat selepas pemohon hanya boleh ke Singapura bermula 22 Oktober dan mesti pulang ke Malaysia pada atau sebelum 21 November. Walaubagaimanapun, pemohon tetap perlu menghadiri prosiding perbicaraan bela diri yang akan bersambung pada 21 Oktober ini iaitu sebelum berangkat ke Singapura.

Sebelumnya, pasport Rosmah berada dalam simpanan mahkamah sejak 2018, selaras dengan syarat ikat jamin yang dikenakan pada hari pendakwaan melibatkan kes rasuah berkaitan projek tenaga solar di Sarawak.

Semasa prosiding masih dijalankan, peguam yang mewakili Rosmah iaitu Datuk Jagjit Singh berkata, anak perempuan pemohon, Nooryana Najwa sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak kedua, kira-kira dua minggu di Singapura.

Beliau dilaporkan telah memohon kebenaran bagi mendapatkan kebenaran sementara bagi pelepasan pasport untuk anak guamnya itu serta akan kembalikannya semula kepada mahkamah pada 24 November depan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *