Rumah Kebajikan Terbakar, 5 Warga Emas Maut | KIEV: Lima warga emas maut dalam kebakaran sebuah rumah penjagaan swasta di bandar Dnipro di tengah Ukraine, kata Polis Negara dalam satu kenyataan semalam, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu, mayat kesemua mangsa yang juga wanita berusia antara 75 hingga 89 tahun, ditemui dalam bilik mereka selepas kebakaran berkenaan.
Siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas, dan mangsa meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida.
Polis memulakan prosiding jenayah atas kejadian itu dan menahan pengurus rumah jagaan berkenaan.
Pada Januari lalu, 15 orang terbunuh dalam kebakaran di sebuah rumah penjagaan swasta di bandar Kharkiv, timur Ukraine.
Sumber: Berita Harian