Rumah Pesara Guru Hangus Dijilat Api Terkena Panahan Petir | Malang tidak berbau, perumpamaan ini tersangatlah boleh dikaitkan dengan situasi seorang pesara guru yang telah kehilangan rumah pusakanya dalam sekelip mata sahaja. kejadian itu telah berlaku dalam masa yang singkat dan dia kini tinggal sehelai sepinggang.
Rumah pusaka milik seorang pesara guru yang terletak di Kampung Melayu telah musnah dalam kebakaran semalam. Mangsa iaitu Mohd Zulkefli Mohd Yassin, 81 berkata bahawa kebakaran yang berlaku pada jam 5 petang itu telah menyebabkan dia telah kehilangan segalanya. Namun begitu dia bersyukur kerana tidak berada di kediamannya ketika kebakaran itu berlaku.
Kebakaran yang berlaku dipercayai disebabkan oleh panahan petir ketika hujan lebat waktu itu. Jiran yang menyewa bersebelahan rumahnya memaklumkan bahawa kebakaran itu berlaku selepas terjadinya panahan petir. Api marak begitu pantas, dalam tempoh setengah jam sahaja rumahnya telah musnah sepenuhnya. Ketika kejadian itu berlaku, dia berada di surau berdekatan rumahnya untuk mengambil bubur lambuk.
Mohd Zulkefli telah menerima ziarah daripada Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi.
Dalam kejadian itu, semua harta benda milik warga emas berkenaan musnah kecuali bahagian dapur dan beg berisi dokumen penting yang ditemui dalam keadaan basah. Rumah pusaka berkenaan didiami sejak 1958 dan ini kali pertama menghadapi musibah seperti demikian seumur hidupnya. Dia reda dengan kejadian itu dan bakal tinggal bersama anak perempuan tunggal di Kuala Lumpur selepas ini.
Katanya dia masih belum membuat sebarang persiapan raya, sekiranya ingin merasa ralat dengan semua barangan yang telah musnah juga sudah tidak lagi berguna. Dia malah reda dengan ujian ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Akob Sedek berkata, lima jentera dan 14 anggota bergegas ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.19 petang. kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 2,800 kaki dan kemusnahan dianggarkan 90 peratus.
Sumber: Harian Metro