Rumah Terbakar, Semua Persiapan Aidilfitri Musnah

| May 10, 2021 | 0 Comments

Rumah Terbakar, Semua Persiapan Aidilfitri Musnah | Malang tidak berbau apabila lima buah rumah setinggan serta sebuah motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Padang Tembak, Teluk Intan terutamanya ketika semua persiapan raya telah pun dibuat.

Rumah Terbakar, Semua Persiapan Aidilfitri Musnah

Teluk Intan: “Luluh hati saya sebaik melihat keadaan rumah dan semua persiapan Aidilfitri musnah terbakar,” kata Bahudin Kulop Wahab, 70.

Bahudin antara mangsa yang kejadian kebakaran yang membabitkan lima buah rumah di Kampung Padang Tembak, di sini, malam tadi.

Beliau yang ditemui berkata, pada sekitar jam 9.30 malam itu dia dan isterinya, Salamiah Dahari,56, berada di dalam rumah, manakala anak perempuannya belum pulang dari kerja.

Katanya, dia tiba-tiba terdengar bunyi letupan dari rumah jiran sebelah sebelum segera keluar rumah untuk melihat keadaan dan menyedari sebahagian rumah jiran itu sudah disambar api.

Sejujurnya dia memang berasa sedih terutamanya bila memikirkan persiapan raya termasuk kuih raya yang dibuat sendiri oleh anak dan baju raya yang musnah terbakar, tetapi saya bersyukur tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Tambahnya, dia mengira apabila tidak dapat beraya bersama anak lain yang tinggal di luar daerah dan negeri dapatlah dia merasa kuih hasil tangan mereka sendiri , tetapi tidak sangka mereka diuji dengan kejadian ini.

Seorang lagi mangsa, Azrul Faizwan Hassan, 30, berkata dia bersyukur ibunya, Maimunah Mohamad, 73, tiada di rumah ketika kejadian kerana berada di rumah kakaknya di Puchong, Selangor.

Katanya, ibunya memang tinggal seorang di rumah cuma pada ketika ini ibunya berada di rumah kakaknya kerana perlu menjalani rawatan kencing manis di sana (Puchong) sejak Januari lalu.

Azrul juga berkata bahawa dia telah memaklumkan ibunya mengenai kejadian ini dan ibunya terus menangis kerana rumah itu mempunyai banyak kenangan bersama arwah bapanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, seramai 13 mangsa daripada empat keluarga berada di rumah, manakala seorang lagi pemilik tiada di rumah ketika kejadian.

Beliau berkata, setakat ini dua keluarga ditempatkan sementara di  Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, manakala yang lain kita sedang usahakan penempatan sementara untuk mereka.

Tambahnya, bantuan lain seperti keperluan makanan dan wang telah pun diberikan bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *