Seorang warga emas yang tinggal seorang diri maut selepas rumah didiaminya di Kampung Paya Keladi, Chegar Perah di sini musnah dalam kejadian kebakaran petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu mangsa Yusof Kindok,77, ditemukan terbaring tidak sedarkan diri di luar rumah dalam keadaan melecur di beberapa bahagian badan.

May be an image of road

“Mayat mangsa ditemukan di luar rumah kira-kira lima meter dari rumahnya yang terbakar dan mangsa tinggal seorang diri semasa kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan,”katanya di sini.

May be an image of outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 5.15 petang telah bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kebakaran yang terletak kira-kira 33 kilometer dari balai bomba.

May be an image of 3 people, outdoors and text that says "Bomba Lipis 18 Mar 2023 6:03:55 pm 4°39'N 101°93'E"

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says "Bomba Lipis 18 Mar 2023 6:04:13 pm 4°39'N 101°93'E"

Sumber : Kosmo

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Warga Emas M4ut, Motosikal Terbakar Bertembung Dengan Lori

Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 16 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, lelaki berkenaan yang berusia 73 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berlaku apabila motosikal yang ditunggang lelaki tersebut bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

“Ia berlaku ketika penunggang tersebut membelok ke kanan untuk masuk ke simpang.

“Akibat perlanggaran itu, motosikal mangsa telah terbakar,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, warga emas terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan maut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply