Rumah Tujuh Sekeluarga Musnah Rentung, Tinggal Sehelai Sepinggang

| September 23, 2021 | 0 Comments

Rumah Tujuh Sekeluarga Musnah Rentung, Tinggal Sehelai Sepinggang | Tujuh sekeluarga terpaksa berdepan dugaan yang berat selepas rumah mereka dikatakan terlibat dalam kebakaran di Kampung Darat Sungai Ular, baru-baru ini menurut laporan Sinar Harian.

Rumah Tujuh Sekeluarga Musnah Rentung, Tinggal Sehelai Sepinggang

Rumah Tujuh Sekeluarga Musnah Rentung, Tinggal Sehelai Sepinggang

Kejadian tersebut telah disedari warga kampung selepas mereka mendengar suara tangisan kanak-kanak berusia tiga tahun dan ia telah menyelamatkan nyawa lima beranak termasuk seorang bayi berusia lima bulan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi ketika mangsa, Fatimah Abdullah, 71 berada di dalam rumah bersama empat cucunya berusia lima bulan hingga enam tahun.

Menurut menantu kepada mangsa, Nurul Syahira Mat Rahim, 25, ketika kejadian itu berlaku, dia bersama suaminya Suhainizan Saman, 31, dilaporkan tiada di rumah kerana ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seri Amal di Kemaman, Terengganu.

Jelasnya, mereka telahmenerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu selepas selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua di PPV terbabit.

Berikutan itu, mereka dilaporkan bergegas pulang selepas mengetahui kebakaran yang berlaku namun sebaik tiba, hampir keseluruhan rumah sudah terbakar.

Ketika kejadian berlaku, Fatimah dikatakan sedang berada di dapur sebelum cucu keduanya, Muhammad Waif Rayyan, 3 tahun secara tiba-tiba datang dan menangis.

Menurut Syahira, Muhammad Waif memberitahu ada melihat api dan ibu mertuanya terus memeriksa bilik serta mendapati api sudah marak. Setelah itu ibu mertuanya dikatakan telah empat cucunya itu keluar dari rumah.

Namun, keadaan api yang dilihat semakin merebak dengan cepat menyebabkan mereka tidak sempat selamatkan barangan-barangan penting dan menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.

Sehubungan dengan itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, dua jentera bersama tujuh anggota termasuk dua pegawai diarahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

Katanya, sebaik sahaja anggota tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati berlaku kebakaran rumah jenis kekal dan kebakaran telah memusnahkan kira-kira 70 peratus namun tidak melibatkan mangsa.

Pasukan bomba dilaporkan melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos dan dua hose reel dari tangki pam jentera menerusi laporan Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *