Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) berkaitan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti diluluskan di Dewan Rakyat sebentar tadi.

RUU Larangan 'Lompat Parti' Akhirnya Diluluskan!

Ia diumumkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas pengundian belah bahagi dijalankan.

Sejumlah 209 ahli Parlimen menyokong RUU berkenaan yang antara lain boleh menyebabkan seseorang ahli Parlimen hilang kerusi dimenanginya jika wakil rakyat itu bertukar parti.

Sebanyak 11 orang ahli Parlimen tidak hadir manakala 54 orang terbabit dalam perbahasan selama dua hari itu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply