Sah Letak Jawatan, Ucapan Terakhir Khairy Buat Ramai Sebak| Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin baru-baru ini telah mengesahkan bahawa barisan Jemaah Kabinet sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Sah Letak Jawatan, Ucapan Terakhir Khairy Buat Ramai Sebak

Sah Letak Jawatan, Ucapan Terakhir Khairy Buat Ramai Sebak

Khairy dilaporkan telah memaklumkan perkara tersebut menerusi menerusi postingnya di Instagram Story peribadi sebentar tadi selepas beliau menzahirkan ucapan terima kasih atas peluang yang diberikan kepadanya untuk berkhidmat kepada negara.
Tambahnya lagi, beliau berharap semoga tuhan akan sentiasa merahmati Malaysia sentiasa menerusi posting tersebut menerusi laporan Awani.
Sebelumnya, Khairy dilaporkan telah mengemas kini entri story beliau dengan gambar yang ditangkap bersama Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Berikutan itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selaku Ahli Parlimen Kota Bharu turut menyifatkan pengunduran barisan Kabinet adalah atas dasar ‘collective responsibility’ dan bukannya ‘collective guilt’.
Takiyuddin mengeluarkan kenyataan tersebut selepas posting tersebut telah dikemas kini di akaun Twitter, sebentar tadi.
Sebelumnya, media tempatan telah membuat liputan berkenaan kenderaan rasmi yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara sekitar jam 12.20 tengah.
Dari dalam kenderaan, Ahli Parlimen Pagoh itu melambai ke arah petugas media yang telah menanti sejak awal pagi tadi di pintu masuk utama Istana Negara.
Kedudukan Muhyiddin selaku Perdana Menteri telah menjadi pertikaian selepas beliau didakwa telah hilang keabsahan susulan tindakan 15 Ahli Parlimen dari UMNO menarik semula sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpinnya.
Semalam Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mempengerusikan mesyuarat khas di Publika dipercayai bagi membincangkan hala tuju sekiranya beliau meletak jawatan.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply