Perikatan Nasional (PN) Pahang mendakwa gabungan itu ditawarkan satu kerusi EXCO jika bersetuju membentuk kerajaan dengan Barisan Nasional (BN) walaupun PN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Saifuddin Sifatkan BN 'Tamak', PN Hanya Ditawarkan Satu Kerusi EXCO

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata BN yang memenangi 16 daripada 41 kerusi DUN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan tujuh kerusi EXCO.

Sambil menyifatkan tindakan BN itu sebagai tamak, beliau berkata ia juga seolah-olah mahu mengetepikan mandat rakyat.

Katanya, PN yang bersedia berunding membentuk Kerajaan Pahang bersama BN mahu rundingan itu bukan dengan Pakatan Harapan (PH) yang membawa agenda bertentangan dengan kepentingan rakyat.

Sambungnya, tetapi BN pula menuntut jawatan Menteri Besar dan mahukan tujuh kerusi EXCO dan hanya setuju berikan PN satu kerusi EXCO sahaja walaupun mereka parti minoriti yang tiada mandat.

Ujarnya, sifat tamak dan mahu mengetepikan mandat rakyat ini adalah sifat sebenar UMNO-BN yang rakyat perlu sedar.

Beliau berkata lagi menerusi hantaran di facebook, tidak tahu apa gula-gula “pelincir” yang PH setuju tawarkan kepada BN namun berharap tidak ada perkara menyeleweng yang ditawarkan demi kuasa dan jawatan.

Saifuddin berkata, parti yang menerima mandat terbesar daripada rakyat Pahang ialah PN.

Katanya, itulah kehendak rakyat yang perlu dihormati.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi dan PH, lapan kerusi.

Berikutan keputusan itu, tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Pemangku Sultan Pahang Beri Perkenan Kerajaan BN-PH Di Pahang

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah memberi perkenan pembentukan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Saifuddin Sifatkan BN 'Tamak', PN Hanya Ditawarkan Satu Kerusi EXCO

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pula akan dilantik sebagai Menteri Besar.

Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, esok.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata demikian petang ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 daripada 41 kerusi DUN Pahang, manakala BN memperoleh 16 kerusi dan PH (lapan).

Tiada parti memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri mendorong gabungan BN dan PH.

Pahang mempunyai 42 kerusi DUN dan parti perlu mempunyai 22 kerusi untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri.

Pengundian DUN Tioman ditangguhkan kepada 7 Disember ini kerana kematian calon PN, Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 November lalu, dipercayai akibat serangan jantung.

Saifuddin Sifatkan BN 'Tamak', PN Hanya Ditawarkan Satu Kerusi EXCO

Sumber: Berita Harian, Berita Harian,

Share.

Leave A Reply