Salah Guna Pelekat Khas. Lelaki Ini Tiba-Tiba ‘Jadi’ Peguam Bila Diminta Dokumen Petugas Kesihatan

| April 28, 2020 | 0 Comments

Salah Guna Pelekat Khas. Lelaki Ini Tiba-Tiba ‘Jadi’ Peguam Bila Diminta Dokumen Petugas Kesihatan¬†| Peniaga ditahan selepas dipercayai menyalahguna pelekat khas Petugas Kesihatan ketika melalui sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Gurun, semalam.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, lelaki berusia 30 tahun terbabit gagal menunjukkan sebarang dokumen atau kad pekerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika diminta pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, ketika ditahan, dia juga gagal gagal memberikan keterangan munasabah untuk melakukan pergerakan meninggalkan kediaman.

“Suspek yang memandu kereta BMW 220i itu hanya menunjukkan pelekat khas Petugas Kesihatan yang diletak atas papan pemuka kenderaannya tanpa sebarang dokumen sebagai petugas KKM.

“Apabila ditanya lebih lanjut, suspek bersikap tidak sopan serta mendakwa dirinya peguam pula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Adzli berkata, pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai barangan yang menyalahi undang-undang, namun semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan ugutan jenayah dan dadah.

Katanya, saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber : Harian Metro

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *